SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Petua Isteri Sayang Suami


Isteri adalah anugerah paling bernilai selepas ibu bapa. Tak semua diberi peluang memilikinya. Anda yang memiliki isteri, haruslah TAHU tentang tips2 memenangi hati isteri. Mari lihat, bagaimana anda sebagai suami boleh memenangi hati isteri. Orang cakap, kalo menang hati isteri, nak buat ape pun dapat kebenaran. Haha..
Mari kita lihat, apakah caranya?
Pada kebiasaannya, wanita tidak begitu berterus terang.Itu memang salah satu tabiat wanita.Mereka suka membiarkan sesuatu perkara yang mereka inginkan menjadi satu misteri kepada suami atau pasangan.
Tapi memang sudah menjadi lumrah seorang wanita ,walau diamanapun di dunia ini, Kalau diajukan soalan berkaitan hubungan intim dengan pasangan, anda akan sukar mendapat jawapan.Tetapi melalui kajian serta pengalaman, anda dapat mengetahui apakah yang isteri anda suka anda lakukan.
1.”Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja”
Memang menjadi kebiasaan terutamanya masyarakat melayu,pasangan suami isteri tidak menunjukkan keintiman hubungan suami isteri di di khalayak ramai.Ini disebabkan faktor masyarakat yang penuh dengan tatatertib serta adab sopan.Tetapi masih ada ruang lain yang suami isteri boleh mengambil peluang untuk melakukannya.Seperti waktu suami isteri keluar bekerja.

Bagaimana cara yang paling baik untuk mencium isteri dan meninggalkan kesan positif kepadanya?
Mengucup bibirnya sambil tangan anda memegang kedua-dua belah tangannya.Kucuplah dengan ikhlas dan rasa cinta kepada isteri anda. Ketika pulang kerumah, buat perkara yang sama tetapi kucuplah pipinya. Mengapa pipi pula? Setelah seharian bekerja,berkemungkinan mulut anda sudah mula berbau. Ini akan memberikan rasa yang tidak selesa poda isteri anda. Tapi sekiranya anda seorang suami yang selalu menggosok gigi walaupun di pejabat,maka tak salah mencium bibir isteri.Lakukannya setiap hari dan anda akan melihat kesan positif bukan sahaja kepada isteri malahan kepada diri anda sendiri.
2.”Saya suka suami saya selalu memeluk saya”
Salah satu perkara yang membuatkan isteri atau wanita merasakan ketenangan dan cinta adalah dengan cara memeluknya dengan erat.Bilakah waktu yang sesuai untuk memeluk isteri anda?
Waktu yang sesuai memeluk isteri adalah ketika berpisah dengannya seperti keluar bekerja dan sebagainya.Anda hanya perlu melakukan satu pelukan yang ikhlas beserta rasa cinta kepada isteri anda.Peluk isteri anda dengan erat selama sekurang-kurangnya lima saat.
3. “saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga”
Datang dari belakang isteri anda yang sedang berdiri atau sedang melakukan kerja di dapur,peluklah tubuhnya dari belakang sambil bibir anda mencium pipi isteri anda. Anda boleh membisikkan sesuatu ke telinganya seperti “I love U”, “hi sayang” dan sebagainya.Pastikan isteri anda sedar akan kehadiran anda,kerana sekiranya si dia tidak sedar kehadiran anda dibelakangnya,berkemungkinan isteri anda akan terperanjat.
4. “saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami”
Bagi lelaki, memegang tangan merupakan perkara biasa.Tetapi bagi wanita, tangan merupakan anggota yang sangat sensitif.Bagi wanita, tangan bagaikan mewakili seluruh jiwa dan raga. Suami perlulah kerap memegang tangan isteri kerana disitulah terletaknya titik kemesraan serta rasa dihargai.
5. “Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa”
Boleh dikatakan hampir kesemua wanita suka kepada lelaki yang boleh membuat mereka tersenyum dan ketawa. Senyum adalah ubat segala duka. Sentiasa mencari idea bagaimana menceriakan isteri akan membuatkan isteri anda sentiasa ingin anda bersamanya sentiasa.
6. “Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya”
Satu perkara yang agak sukar kepada suami-suami di Malaysia khususnya untuk mengucapkan “i love you” atau ” abang sayangkan sayang” kepada isteri. Hakikatnya perkataan itulah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua isteri.
7. Memasak untuknya
Sekali sekala suami juga perlu masak untuk isteri.Sering kita dengar ungkapan “nak pikat hati suami adalah dengan perutnya”.Maksudnya isteri kena pandai masak. Ungkapan ini memang ada kebenarannya pada lelaki dan bernar juga kepada wanita.Kajian di Amarika mendapati 60% wanita akan melakukan hubungan seks selepas menikmati makanan yang dimasak lelaki tersebut. Anda bagaimana?masak untuk isteri sekali sekala apa salahnya.
8. “saya suka suami senyum pada saya”
Lemparkanlah senyuman manis anda kepada isteri setiap kali anda pergi atau pulang dari kerja.Ia menggambarkan kepada isteri anda bahawa dia sentiasa diterima disisi anda.
9.”Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji” << Yang ni para suami lupa..haha
Jika isteri anda menggayakan baju baru dan bertanya “cantik tak baju ni?”apa anda akan jawab? “cantik!”. Sebenarnya bukan baju yang ditanya oleh isteri anda. Anda patut menjawab”cantik sayang pakai baju ni”.
10. “Saya harap suami saya selalu menghubungi saya”

Adalah cukup memuaskan hati seorang isteri jika mendapat SMS dari suami “sayang dah makan?” atau “sayang buat apa tu?”. Lebih hebat lagi kalau anda menalifonnya atau menghantar SMS ” i love you”. Bagi suami SMS atau menalifon isteri adalah satu perkara biasa.Tapi tidak pada isteri atau wanita.

1 comment:

  1. The Casinos in Washington, DC - Mapyro
    Find The Casinos 인천광역 출장마사지 and Resorts in Washington, 보령 출장샵 DC in real-time and see activity. 오산 출장안마 Find the Casinos, Resorts, Casinos Near You, Directions 원주 출장샵 3.4 상주 출장안마 mi. from Hollywood Casino at Charles Town

    ReplyDelete


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com