Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W
bersabda :
“Seorang lelaki tidak dibolehkan
melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh
seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam
Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara
keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara
bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan
para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang
yang mandi dalam satu bilik mandi.
Kerana
itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari
aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh
orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah
mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan
ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat
tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau
terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada
perkara maksiat.
Batasan
aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari
pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti
aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi
banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu
langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka
auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina.
Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu
kakinya bahkan bulu kemaluannya.
Semua itu
merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat
wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di
kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Sumber :
al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432
No comments:
Post a Comment