Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua
lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini
serba sedikit tip-tip atau ciri-ciri yg boleh diamalkan
untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya
solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan
lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat
pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan
kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya
serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan
tidak melengah2kan nya.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan
ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan
takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri.
Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji
Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat
kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan
bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu
sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin
memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat
kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya
dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta
menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan
perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua
larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa
merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu
melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan
pembalasan dari Allah swt.
7. Menjaga amanah
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya
seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan
seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ”
kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga
amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan
suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg
tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!
Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai
panduan buat semua yg bercita2-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment