Bismillah
Pernikahan bukan sekadar memenuhi hasrat hati dan mempertemukan rasa cinta lawan jenis. Bukan sekedar tindak lanjut pujuk rayu dan untaian kata yang manis-manis. Meskipun banyak di tengah jalan berubah menjadi bengis, isteri menangis, karena suami seperti iblis.
Dalam menjalani kehidupan rumah tangga bisa diibaratkan seperti sedang menahkodai bahtera di lautan yang tak lepas dari terjangan ombak dan badai. Jika sang nahkodanya pandai menahkodainya kapal akan selamat dan sampai tempat tujuan. Sebaliknya jika lengah bahkan tidak menguasainya, kapal akan karam di tengah lautan.
Sahabat,
Begitulah kehidupan berumah tangga. Tidak semudah seperti yang kita jangka. Dalam kehidupan berumah tangga, andalah pilot, nakhoda, imam, presiden, perdana menteri ! Semua itu anda ! Anda adalah ketua rumah yang akan mengepalai keluarga anda !
Justeru. Besar tanggungjawabnya. Tidak mahulah nanti digelar sebagai seorang daie, tetapi keluarga yang bakal dibina itu, bukanlah keluarga dakwah. Tetapi sebaliknya.
” Berapa ramai orang yang hidup dalam lingkungan dakwah dan mengunyah prinsip-prinsip dakwah tetapi mereka tidak dapat memindahkan suasana dan prinsip-prinsip dakwah itu keluar dari lingkungannya walau kadar selangkah pun”. (Fathy Yakan)
Apapun nanti, jangan tergesa-gesa .
Jangan tergesa, gesa.
Anak muda, jika anda mampu, berkahwinlah. Itu sabda Nabi Muhammad Saw.
Jika tidak, maka berpuasalah.
Jatuhkan pandangan matamu,
lunakkanlah pegangan hatimu pada Allah.
InsyaAllah akan selamat..
Lalu, tanyakan pula, berapa banyak ilmu yang telah kita garap sebelum berumah tangga.
Tidak mahulah nanti digelar bidan terjun. Ini tak tahu, itu tak tahu .
Sekurang-kurangnya khatamkan dulu segala macam buku tentang hidup berkeluarga. Penting itu !
Bijak Memilih
Setiap manusia mahukan pasangan hidup yang soleh serta solehah. Tetapi ramai yang berhasil tidak mendapatkannya. Kerana apa ?
Di sini, sempat saya petik tulisan Dr Muhammad Thalib seorang ilmuwan Indonesia di dalam bukunya Ensiklopedia Keluarga Sakinah Volume 2 : Menuju Pernikahan Islami.
Katanya, dalam memilih calon isteri, seorang suami itu perlulah melihat kepada beberapa kriteria dan ciri-ciri berikut.
1) Pilih peribadi calon yang beragama
– Kita amati cara berpakaian , berias dan bergaul, apakah sesuai dengan ketentuan Islam atau tidak. Misalnya, mengamati apakah ia memakai pakaian muslimah atau tidak, bersolek atau tidak, berkhalwat (berdua-duaan) dengan lelaki-lelaki bukan mahram atau tidak.
– Kita tanyakan orang-orang yang dekat dengan dirinya seperti kerabat terdekat, tetangga dekat, atau teman-teman dekatnya, tentang ketaatannya menjalankan solat 5 waktu, tentang amal fardhiah hariannya, sikapnya kepada tetangga atau para kerabatnya, sikapnya kepada orang yang lebih tua, dan lain-lain
– Kita datang sendiri kepada keluarga perempuan untuk melakukan penelitian dan pengamatan secara langsung. Dalam pertemuan ini perempuan yang diinginkan harus disertai dengan anggota lelaki-lelaki keluarganya , sehingga tidak terjadi khalwat (berduaan). Pada saat ini kita dapat meneliti berbagai hal yang ingin diketahui dari perempuan tersebut agar kita memperoleh gambaran yang jelas.
2) Berasal dari keluarga-keluarga soleh
– Kita amati tempat tinggalnya, apakah lingkungan tersebut islami atau tidak. Jika tempat tinggalnya berada dalam lingkungan jemaah masjid yang sarat dengan aktiviti pengajian, warga yang perempuannya memakai pakaian muslimah di luar rumah, kurang pergaulan bebas, besar harapan wanita ini seorang yang taat beragama.
– Kita amati keluarganya, apakah mereka orang yang taat menjalankan syariat Islam atau tidak. Jika keluarganya kurang penghayatan agama (tidak solat, tidak berpuasa, tidak membayar zakat) , anggota keluarga yang perempuan tidak berpakaian Muslimah di luar rumah, atau tidak baik hubungan mereka dengan kerabat terdekat mahupun jiran tetangga, kita harus berhati-hati agar kita selamat dari kemungkinan-kemungkinan tidak baik saat membina rumah tangga kelak.
– Kita amati lingkungan pendidikannya, di mana dia memperoleh pendidikan. Adakah dia menerima tarbiyah atau tidak ?
3) Masih perawan
– Menanyakan hal tersebut ketika melamar
– Menanyakan hal tersebut kepada kaum keluarganya atau kerabat atau tetangga dekatnya atau sahabat karibnya yang dinilai jujur, adil dan objektif
– Membuat medical check up. Akan tetapi cari ini harus mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Bukan bertujuan untuk merendahkan martabat dan membuka aib.
4) Seorang yang penyabar
– Menilainya melalui pertanyaan kepada teman atau tetangga dekatnya yang jujur dan adil. Tentang bagaimana sikapnya ketika menghadapi kesulitan, rintangan dan kepahitan. Etc : Misalnya bertanyakan ketika ada teman yang berbuat salah kepadanya, apakah dia cepat marah atau menerimanya dengan tenang tanpa menunjukkan sikap yang jengkel atau marah.
– Dan mengamati dan mengujinya dalam beberapa hal berikut ;
a) reaksi ketika disuruh menunggu
b) reaksinya ketika ditegur ketika melakukan kesalahan
c) reaksinya ketika menghadapi kesulitan
d) sikapnya ketika menghadapi anak kecil, orang tua, orang sakit, atau orang lanjut usia.
5) Mampu memikat hati dengan akhlanya yang baik
– Tidak menggunakan kecantikannya untuk menarik hati lelaki.
– Berakhlak dengan akhlak yang mulia
6) Amanah
– Ia menanyakan kepada kerabat atau tetangga terdekatnya (rakan karib), apakah diberi kepercayaan mengurus dan menyimpan sesuatu.
– Ia menyelidiki perilakunya apakah perempuan yang dipilihnya dapat dipercayai atau tidak dalam melaksanakan kepercayaan orang kepadanya. Etc : Bagaimana sikapnya ketika berurusan dengan wang ? Dan juga ketika menunaikan janji.
– Menyelidik juga keadaan keluarganya. Jika keluarganya amanah, besar kemungkinan anaknya itu juga merupakan seorang yang amanah.
Isteri yang amanah, sangat berperanan penting dalam mengurus kehidupan keluarga yang baik, lelaki-lelaki yang ingin membina rumah tangga harus selalu mengutamakan isteri yang amanah.
7) Tidak bersolek dan berhias berlebih-lebihan ketika keluar rumah
8) Sekufu dalam beragama
– Dalam konteks ini, orang yang ditarbiyah boleh memilih calon isteri di kalangan orang yang ditarbiyah juga. Ikhwah dan akhwat bahasa mudahnya.
9) Tidak bersifat materealistik
– Calon suami menanyakan pada teman terdekatnya, apakah sikap perempuan yang ingin dikahwininya kepada orang miskin dan juga orang kaya. Apakah dia senang bergaul dengan orang miskin ataupun sebaliknya ?
– Calon suami menguji perempuan tersebut dengan memberikannya hadiah yang murah. Adakah dia menempelak atau tidak ?
– Melihat keadaan keluarga wanita tersebut. Adakah mereka selesa bergaul dengan orang kaya sahaja dan tidak orang miskin ?
Semoga dengan tips yang ditunjukkan, kita dapat memilih calon isteri yang bersifat qanaah dalam kehidupan.
10) Suka menyambung silaturahim kepada kaum kerabat , tetangga, serta sahabat handai.
– Calon suami menanyakan kepada ahli keluarga wanita itu sendiri, dan juga teman-teman perempuannya., adakah wanita ini suka menyambungkan silaturahim atau tidak ? Baik terhadap ibu bapa mahupun sanak saudaranya ?
11) Pintar menyimpan rahsia
– Calon suami menyelidikinya dengan menceritakan sesuatu yang dianggap rahsia, kemudian diselidiki apakah dia menyebarkan kepada orang lain atau menyimpannya untuk dirinya sendiri.
12) Tabah menghadapi ujian
– Dengan melihat pola kehidupan sehariannya, adakah dia tabah bila menghadapi sesatu kesulitan. Ataupun selalu meluahkan perasaan di facebook atau blog. (Kekurangan duit, diuji musibah, kemalangan dan sebagainya)
– Menanyakan kepada keluarga terdekat dan sahabat handai wanita tersebut.
13) Bukan seorang pencemburu buta.
– Meminta ahli keluarga kita yang perempuan untuk menyelidiki sifatnya. Bagaimana sikapnya terhadap kawannya ataupun adik perempuannya yang memiliki sedikit kelebihan berbandingnya ?
Hal ini penting ,supaya isteri yang bakal kita nikahi itu, memberi kepercayaan dan sokongan kepada kita dalam melayari bahtera rumah tangga ini.
14) Dia berperangai dan berkata menyenangkan
– Calon suami mengutus anggota keluarganya agar menemuinya dengan sikap kurang bersahabat. Jika ia tetap menghadapinya dengan wajah ceria dan sikap ramah-tamah, wanita tersebut termasuk orang yang berperangai baik. Akan tetapi, bila dia menghadapinya dengan sikap dan wajah tidak menyenangkan, beerti ia bukan perempuan yang berperangai baik.
– Calon suami melihat secara langsung sikapnya ketika berbicara dengan tetangga atau teman-temannya.
15) Mudah saat dilamar
– Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya termasuk ciri-ciri wanita yang membawa berkah iaitu mudah dilamar, murah mas kahwinnya dan subur peranakannya “ (HR Ahmad)
– Dalam konteks masa kini , wanita dan ahli keluarganya tidak meletak syarat yang pelik-pelik, ataupun kehendak matearilistik yang tidak mampu kita tunaikan.
16) Berhemat dan tidak kikir
– Meneliti cara perbelanjaan hariannya, dengan bertanyakan pada rakan-rakan wanita tersebut dan juga ahli keluarganya
Akhir sekali
17) Mengasihi dan menyayangi anak kecil
– Calon suami boleh bertanyakan kepada ahli keluarganya bagaimana hubungan si wanita itu terhadap adik beradiknya yang kecil. Jika baik, insyaAllah, rumah tangga anda akan bahagia di kemudian hari.
Wallahualam.
Sekadar ini sahaja perkongsian saya.
Semoga berjaya.
p/s : Terlalu memilih dan bijak memilih adalah dua perkara berbeza. Adapun perkara ini memiliki syarat. Anda mestilah berusaha menjadi seorang lelaki yang soleh dahulu. Ingat ! Jangan lupa.
Sumber rujukan : Ensiklopedia Keluarga Sakinah Volume 2 : Menuju Pernikahan Islami tulisan Dr Muhammad Thalib
No comments:
Post a Comment