Akhirat Bukan Khayalan
Ulama' memberi perumpamaan.
Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing.
Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan.
Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.
Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api.
Mereka akan makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )".
Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.
Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.
Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.
Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.
Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.
Kita nampak manusia yg dibakar atas api.
Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.
Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.
Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.
Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lihat Paparan Menarik
Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
No comments:
Post a Comment