SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Sebuah Cebok Air Untuk Satu Masjid


Semasa saya singgah di sebuah Masjid untuk bersolat Zohor, sebuah kereta usang juga masuk ke kawasan Masjid.
Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor.
Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih.
Pemandunya seorang tua berserban turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang *Cebok Air* atau *Gayung*
'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..' tekaan hati saya.
Ketika saya berwuduk di kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan Cebok Air yang dibawanya untuk membasuh kaki.
Saya menggunakan Cebok yang telah tersedia.
Cebok yang dibawanya di letak di tebing Kolah dan dia naik ke Masjid, lalu kami solat bersama.
Ketika menuruni tangga Masjid, saya lihat dia terus ke keretanya.
Saya segera memperingatkannya Ceboknya yang tertinggal.
Dia beralih senyum kepada saya dan berkata..
"Saya sengaja bawa *Cebok* yang baru dibeli dan ditinggalkan di Masjid yang ada *Kolah*, sebagai satu *Wakaf Yang Kecil*, yang saya mampu. Semoga ianya memanfaatkan.."
Subhanallah..!
Saya pula yang terasa malu..!
Tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung..
"Di mana Masjid saya singgah, yang ada Kolah, saya tinggalkan sebuah Cebok. Bekal untuk mati. Tak mampu nak sedekah yang lain..."
Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.
Sebuah *Cebok* yang ditinggal di Kolah Masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk..!
Bayangkan ganjarannya.!
Berapa ringgit sangatlah sebuah Cebok Air?
Bukan nanti ada *Duit Beribu* baru boleh berbuat baik.
Yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah SWT dorongkan.
Bagi orang tua ini sebuah Cebok Air untuk Masjid takkan sama dengan Ribuan Ringgit yang disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia.
Tetapi pada sisi Allah SWT ianya mungkin lebih besar dari itu.
Justeru:
Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata Manusia.
~Masjid dan Surau memerlukan berbagai peralatan kecil yang diguna selalu dan mudah rosak.
Saya nak ajak anda semua.....
Jom kita tiru orang tua ini dengan meninggalkan sebuah *Cebok Air* di Kolah Masjid yang kita singgah sebagai wakaf
Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 Cebok.. apa salahnya?
Lagi banyak lagi bagus...
Maka biarlah bermula dengan sebuah Cebok Air di mana saja Masjid yang disinggahi..
Atau,
Sepasang Selipar untuk ditinggal di tandas Masjid..
Atau,
Sepotong Getah Paip untuk tandas Masjid yang tiada Getah Paip untuk kemudahan bersuci..
Atau,
Sebatang Penyapu, sebuah Penyodok Sampah, atau Sebotol Minyak Wangi ditinggalkan di tempat minyak wangi, atau apa lagi yang boleh difikirkan.
Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah, mungkin kerana terpaksa.
Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham ke syurga sedikit demi sedikit.
Apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita, atau, merasa dah cukup layak ke syurga, atau, malas nak fikir?
Jom..!! Kita mulakan beberapa *Alatan Kecil* dibawa bersama dalam Kereta untuk ditinggal sebagai *Wakaf* kepada Masjid, Surau atau Musolla......
Walau pun mungkin hanya beberapa Pin Mata Lalat atau Paku Payung untuk melekat dokumen di Papan Kenyataan....

Sumber

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com