SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Sudahkah Kita Bersedia?




Seorang pemuda lalu disebuah negeri.

Kekecohan sedang berlaku. Lalu si pemuda pergi menyiasat.

Rupanya mereka dalam proses melantik raja.

Yang peliknya. Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut.

Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah...

Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah, dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah.

Pemuda tadi mengangkat tangan. 'saya sanggup!'

Maka dia dilantik menjadi raja/pemerintah negara itu.

Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh.

Hilang akal. Tamak pangkat dan sebagainya.

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah, dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun.

Tahun kedua. Pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan.

Tahun ketiga. Menghantar pakar dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam.

Tahun keempat. Jurutera mula membangunkan bangunan-bangunan canggih..dan seterusnya..

Sehingga tahun ke 10.

Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri.

Masanya tiba. Beliau sudah bersedia.

Kerana....

Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaaan..

Kesimpulannya..

Ibarat hidup kita..

Kita tahu yang kita akan 'dibuang' ke 'tempat itu'.

Sudahkah kita mengirimkan bekalan?

Adakah tempat itu padang tandus?

Atau sudahkah kita semai benih-benih yang akan menjadi pohon rimbun?

Sudahkah kita kirim 'bahan binaan' untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami?

Atau kita biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus.

INGATLAH....

GAMBARAN SYURGA KITA DIAKHIRAT NANTI ADALAH SAMA SEPERTI LUKISAN YANG KITA LUKIS SEMASA KITA HIDUP DIDUNIA INI.

SAMA² LAH KITA MENGAMBIL IBRAH DARI KISAH DIATAS.

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com