SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Taubat Satu Kejayaan


SESUNGGUHNYA berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha untuk membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Al-A'la :14-15)

Huraian:
Insaf dan taubat daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. bukanlah sesuatu yang merugikan.
Sebaliknya ia adalah satu kejayaan besar kepada individu tersebut kerana telah berjaya melawan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah yang mengajak kepada keburukan.

Allah s.w.t. memuji mereka yang bertaubat setelah mengetahui balasan dan azab yang bakal menimpa, jika mereka mengingkari perintah Allah s.w.t.
Taubat yang paling disukai oleh Allah s.w.t. pula ialah taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.

Di antara amalan soleh yang dapat memelihara diri daripada kembali melakukan kejahatan ialah berzikir, bertahmid, membaca al-Quran, mendengar kuliah ilmu, solat yang ditunaikan dengan khusyuk dn lain-lain lagi.
Islam sememangnya tidak pernah menghalang umatnya daripada mencari kehidupan dunia. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud:

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dalam dunia.

Dengan sebab itu, setiap individu perlu pandai mengimbangi keperluan dunia tanpa mengabaikan keperluan ukhrawi agar tidak terbabas dari batas dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam dan kembali kepada jalan Allah s.w.t.

Oleh kerana itu, Allah s.w.t. menyifatkan golongan yang mengambil peringatan-Nya lalu bertaubat dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. sebagai golongan yang berjaya.

Kesimpulan

Taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan memberi kejayaan kepada diri individu daripada segala perbuatan dosa yang telah lalu.
Rahmat dan keampunan Allah s.w.t. sentiasa terbuka kepada manusia yang ingin kembali ke jalan kebenaran dan kejayaan.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com