Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat
Islam huru hara di dunia ini. Berani sudah ada, usaha gigih, mana ada umat
Islam tak berjuang ?
Semua gigih berjuang, ramai
pula, tapi mana ada kejayaan ? Makin hina sebab berjuang tidak ada seni.
Sikit-sikit nak tembak orang, hendak mengata orang, itu bukan seni.
Islam itu halus dan
berseni. Contohnya dengan dakwah boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang
senang hati, tengok sahaja sudah jatuh hati. Itulah watak benda yang
seni.
Kalau kita berjuang tidak
berseni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tidak larat, fikiran
perasaan serabut pasal tidak seni. Berjuang yang tidak seni seperti pukul pahat
sana sini, akhirnya sakit jiwa.
Islam itu seni. Mari kita
lihat bagaimana seninya Rasulullah SAW,
Kisah 1 :
Satu hari baginda bawa
Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ini siapa. Umar ini berani, jiwa kuat,
sebelum masuk Islam sudah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda mengajak
Umar pergi tengah padang pasir, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ
ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun
ada.
Rasulullah kata, “Hai Umar
apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada.
Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat
ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah,
“Ini bangkai wahai
Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah
hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru
yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah, mana ada tok guru
bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?
Kisah 2 :
Berlaku juga di zaman
Rasulullah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ini tidak
faham adab, tidak bertamadun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yang
dia tidak faham.
Satu hari dia berada di
masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada.
Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain
apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna,
sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab
itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak.
Tapi Rasulullah kata,
“Tidak apa, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasulullah SAW
tidak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah
itu rasa malu. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Sahabat-sahabat lain pun
terdidik sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tidak marah,
dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah,
yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni,
kalau tidak seni orang tidak akan boleh ikut.
Kisah 3 :
Satu hari Rasulullah bawa
duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis,
rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis
Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “Saya
dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah
hilang, itu yang saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya
Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah
budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis
lagi.
Lalu Rasullah bertanya,
“Mengapa menangis? Bukankah saya sudah beri duit?”
Budak itu menjawab, “Tadi
saya menangis kerana hilang duit, yang menangis kali ini kerana saya terlewat
nak balik, biasanya kena marahlah”.
Lalu Rasullah berkata,
“Kalau begitu tak apalah, saya hantar”.
Lalu Rasulullah pun
hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah hendak marah pada
hambanya.
Itulah contoh seni di dalam
berdakwah yang dibawa panduan oleh Rasulullah SAW.
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment