SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Nasihat Buat Pengantin Baru



Semalam seusai pengajaran di Masjid Negeri Shah Alam kami dinanti oleh seorang pelajar kami daripada Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) yang sedang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Beliau menyerahkan kad jemputan Walimatul Urus yang akan berlangsung pada hari ahad ini. Justeru menjadi kelaziman kami catatkan Warkah Nasihat Buat Muridku ini.

Antaranya:

•Niat Perkahwinan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
•Jangan lupa solat Nikah seusai akad.
•Sentuhlah ubun isteri dan bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW.
•Matlamatkan Perkhawinan untuk mendapat tiga perkara:

‪#‎Sakinah‬(ketenangan)
‪#‎Mawaddah‬(Kasih Sayang)
‪#‎Rahmah‬(Rahmat) 

Ini akan menatijahkan kebahagiaan yg hakiki.
•Layanilah isteri dengan seterbaik mungkin.
•Berilah Nafkah seperti yang ditetapkan oleh Syarak.
•Pada isterinya pula, taatilah suami dalam perkara yang makruf.
•Kongsilah rasa gembira dan dukacita bersama untuk penyelesaian terbaik.
•Ingatlah Perkhawinan ini diibaratkan seperti melayari bahtera di samudera. Kadangkala ombak taufan melanda dan kadangkala bongkah batu yang menghalangnya.

Justeru hiasilah dengan 4 perkara.
‪#‎Ilmu‬ yang sentiasa dilazimi.
‪#‎Sabar‬ dalam ujian kehidupan.
‪#‎Syukur‬ dengan kurniaan tuhan.
‪#‎Bangunlah‬ malam untuk tahajjud bersama kerana ini pesanan Rasulullah SAW kepada PuteriNya Fatimah dan Saidina Ali.

Akhir kalam kami berdoa kepada ilahi yang bersifat Rahmah supaya mengurniakan kepada Pengantin Baru Muridku ini dan pasangannya serta pasangan-pasangan yang lain agar dikurnikan taufik, hidayah, afiat dan selamat. Rezeki yang halal, kelapangan dalam kehidupan dan juga kebahagiaan hidup. Kami Ucapkan kepadamu dengan kalimah " Barakallahu Laku Wa Baraka 'Alaika Wajamaa' Bainakuma Fi Khair"

Gurumu
SS Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.
Mufti Wilayah Persekutuan
19 Mei 2016 
1430H
Persiaran Teknokrat Cyberjaya Selangor.


No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com