SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Kewajipan Sebenar Suami ke atas Isteri



"Ikutkan. Suami tak wajib beli TV, tak wajib buat rumah besar-besar, tak wajib bagi makan anak isteri sedap-sedap dan mewah-mewah, tak wajib bawa bercuti sana-sini, tak wajib beli baju cantik-cantik, silap-silap boleh jadi haram.


Suami wajib bagi nafkah sahaja. Cukup makan, pakai, tempat berteduh berlindung, dan KEWAJIPAN YANG PALING BESAR suami kena bagi agama pada anak dan isteri. Kalau suami tak tahu wajib keatas dirinya heret anak isteri pergi cari agama.


Keluarga hari ini banyak rosak sebab suami tak buat apa yg wajib tapi buat benda yg tak wajib bahkan melalaikan, suami macam ini disebut 'dayus'. Setiap pintu syurga ditulis namanya sekian-sekian 'DILARANG MASUK'.


Hari ini kita tengok banyak keluarga hidup kononnya bahagia sebab rumah besar, kereta besar, gaji besar, anak dan isteri comel-comel, makan sedap-sedap, melancong sana-sini tapi roh agama tidak ada. Itu bukan keluarga bahagia. Itu keluarga syok sendiri."

Tok Guru Sheikh Mukhtar

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com