Imam Hasan Al-Basri, seorang ulama
terkemuka dalam peradaban Islam. Beliau di lahirkan di Madinah sewaktu Zaman
Pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 21 Hijrah atau 642 Masihi, dan pernah
berguru dengan beberapa sahabat Nabi S.A.W. Ulama hebat ini meninggal dunia
dalam usia 89 Tahun di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat, 5 Rejab 110 Hijrah (728
Masihi). Sepanjang hayatnya banyak pesanan beliau yang boleh ditatap dan
dijadikan renungan. Antaranya:
1. Aku menasihati kamu bukan bermakna
aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh,
kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya
menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada
pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.
2. Sesiapa yang banyak bercakap, akan
banyaklah pembohongannya. Mereka yang banyak hartanya nescaya banyak dosanya.
Orang yang buruk tingkah lakunya akan menyeksa diri sendiri.
3. Allah menjadikan pemimpin yang
adil sebagai penolong mereka yang dianiaya, membuat pembaharuan pada kerosakan,
menjadi kekuatan pada orang yang lemah, pembela buat mereka yang di zalimi, dan
penghibur bagi yang berduka.
4. Siapa yang mengenal Tuhannya, dia
akan mencintai-nya. Siapa yang mengenal dunia, dia akan dikuasai oleh kemewahan
dunia. Bagaimanapun orang mukmin tidak akan bermain-main dengan dunia sehingga
dia lalai. Dan, apabila dia bertakafur, hatinya sedih.
5. Apabila kamu tergelincir, kembalilah,
apabila kamu menyesali sesuatu, jangan di ulangi, apabila kamu tidak tahu,
bertanya, dan apabila kamu marah, maka tahanlah kemarahanmu.
6. Perasaan takut sehingga tenteram
lebih baik daripada perasaan tenteram yang kemudian menimbulkan rasa takut.
7. Banyak berduka lebih mendekatkan
diri untuk beramal soleh.
8. Baik atau buruk seseorang itu
bergantung pada hatinya. Andai hatinya bersih, tercermin pada perbuatannya.
Andai hatinya kotor, terpapar pada perlakuannya.
9. Tiada saat indah bagi seorang mukmin
melainkan saat bertemu dengan Allah. Kematian adalah detik yang amat
menggembirakan, menyenangkan, membahagiakan, membanggakan dan luhur.
10. Mati itu membuka kekurangan
dunia. Kerana itulah ia tidak meninggalkan orang berakal akan kegembiraan.
No comments:
Post a Comment