SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Cinta Pada Manusia Adalah Kurniaan Ilahi


Mari kita renung seketika... 
Cuba tanya pada diri. Siapakah yang telah mengurniakan naluri cinta pada manusia? Tentu sahaja kita jawab Allah SWT. Allah SWT telah mencipta manusia, hati dan juga akal. Di dalam hati, di situlah terdapatnya pelbagai rasa yang dipanggil perasaan. Dan dengan perasaan yang pelbagai rasa itulah, terdapatnya cinta. Cuba kita tanyakan lagi, untuk apakah Allah SWT mengurniakan naluri cinta ini? Untuk mengetahui apakah tujuan cinta, kita perlu kembali kepada persoalan asas, iaitu untuk apakah manusia dijadikan?
Apakah tujuan Allah SWT menjadikan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.
Firman Allah SWT : Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri (beribadah) kepada-Ku.  [Surah az-Zariyat 51:56]
Lagi firman Allah SWT : Sesungguhnya Aku ingin jadikan khalifah di muka bumi.  [Surah al-Baqarah 2:30]
Sebagai hamba Allah SWT, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah SWT setiap masa dan di mana sahaja. Sebagai khalifah pula, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan bumi ini berpandukan hukum hakam Allah SWT.

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com