Cinta itu bukan matlamat. Mungkin kita boleh umpamakan cinta itu
sebagai alat. Alat yang kita gunakan untuk membantu diri ini menjadi baik serta
membawa kita ke arah yang lebih baik lagi. Cinta jugalah yang akan membawa diri
kita ke arah kebaikan. Kerana, cinta itu adalah suci, ikhlas, fitrah, dan juga
amanah. Cinta juga membuatkan seseorang itu menjadi lebih bertanggungjawab,
tanpa meminggirkan tanggungjawab.
Jika kita seorang anak, dengan cintalah kita belajar menjadi
seorang anak yang baik. Seorang anak yang cintakan kedua ibubapanya. Sentiasa
mendoakan kesejahteraan, kebaikan untuk ibubapa. Tidak kira ibubapa kita itu
masih ada, ataupun telah lama pergi. Kerana cinta, mendidik kita kenal erti
kasih dan mengasihi.
Jika kita seorang pelajar, dengan cinta kita belajar menjadi
seorang pelajar yang baik. Seorang murid yang cintakan guru-gurunya. Sentiasa
mempertingkatkan ilmu, berdamping dengan guru, serta mengikhlaskan diri dalam
menuntut ilmu. Tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Kerana cinta,
mengajar kita erti hormat dan menghormati.
Jika kita seorang pekerja, dengan cinta kita belajar menjadi
seorang pekerja yang baik. Seorang pekerja yang bekerja kerana-Nya.
Segala kerja dilakukan dengan baik serta sempurna tanpa cacat cela. Bekerja dan
memahami bahawa pekerjaan itu adalah salah satu ibadah. Kerana cinta,
memahamkan diri kita tentang erti amanah.
Cinta itu umpama alat, bukannya matlamat. Cinta memang penting,
tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment