SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Golongan Manusia Yang Berhadapan Dengan Ujian



Terdapat beberapa golongan manusia yang dapat kita lihat apabila berhadapan dengan ujian. Antaranya :

1)Golongan yang gagal dalam semua bentuk ujian sama ada ujian kesenangan mahupun kesusahan. Mereka terdiri daripada golongan manusia yang kafir, zalim dan melakukan dosa.       


"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut" [Surah Al-Ma'arij, 70:19-21]

                                                                                                                                   

2) Golongan yang berjaya ketika susah tetapi gagal ketika senang.


"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), samaada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya..." [Surah Yunus, 10:12]

3) Golongan yang berjaya ketika senang tetapi gagal ketika susah.

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata." [Surah Al-Hajj, 22:11]

4) Golongan mukmin sejati yang berjaya dalam semua bentuk ujian sama ada perintah atau larangan, kesenangan ataupun kesusahan

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah orang-orang beroleh kejayaan." [Surah An-nur, 24:51]

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Hairan sungguh urusan orang yang beriman, semua perkara baik untuknya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur maka itu baik untuknya" [Riwayat Muslim]
Selamat beramal

No comments:

Post a Comment


Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com