Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah di sini ada sedikit perkongsian ilmu dari ana berkaitan solat. Dalam solat jua terdapat 9 jenis peringkat manusia yang mengerjakan solat.
Dalam peringkat-peringkat solat yang ada, cuba kita nilai seketika di mana tahap solat kita. Untuk merubah diri ke arah solat berkualiti, kita muhasabah sejauh mana tahap solat kita selama ini.
Dalam peringkat-peringkat solat yang ada, cuba kita nilai seketika di mana tahap solat kita. Untuk merubah diri ke arah solat berkualiti, kita muhasabah sejauh mana tahap solat kita selama ini.
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah
jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa
sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia
masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu
tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan
hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang
kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.
Kalau ada masa
dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program
kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya
banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu
sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham
apa yang dia baca.Cuma main hafal saja.
Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara
dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi
orang ini.
Golongan 5
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.
Fikirannya masih
melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak
dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya.
Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan
yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa).
Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan
khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga
moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu.
Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta
orang ini.
Golongan 7
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya
sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan
diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia
memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini
disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai
kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia
didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak
gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit .
Namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah)
Golongan 9
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca
penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,
seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah
panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak
sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan
dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan
Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak
jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada
Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Adakah solat yang kita kerjakan selama ini berkualiti?
"mari memperbaiki solat kita ibu pada segala ibadah."
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Adakah solat yang kita kerjakan selama ini berkualiti?
"mari memperbaiki solat kita ibu pada segala ibadah."
Semoga bermanfaat untuk dikongsikan
semoga kita semua bermuhasabah utk lebih baik..:-)
ReplyDelete