1. Pada
suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda
bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak”
Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada
pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya
dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi.”
6. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat.”
8. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya
dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman
syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11. Jika
suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama
atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
13. Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah
satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan
kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika
engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis:
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
No comments:
Post a Comment