SESUNGGUHNYA HIDUPKU, MATIKU DAN IBADATKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM

Petua Agar Keluarga Bahagia

1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu. 2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita...

Sudahkah Kita Bersedia?

Seorang pemuda lalu disebuah negeri. Kekecohan sedang berlaku. Lalu si pemuda pergi menyiasat. Rupanya mereka dalam proses melantik raja. Yang peliknya. Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut. Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah, dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah. Pemuda tadi mengangkat tangan. 'saya sanggup!' Maka...

Kewajipan Sebenar Suami ke atas Isteri

"Ikutkan. Suami tak wajib beli TV, tak wajib buat rumah besar-besar, tak wajib bagi makan anak isteri sedap-sedap dan mewah-mewah, tak wajib bawa bercuti sana-sini, tak wajib beli baju cantik-cantik, silap-silap boleh jadi haram. Suami wajib bagi nafkah sahaja. Cukup makan, pakai, tempat berteduh berlindung, dan KEWAJIPAN YANG PALING BESAR suami kena bagi agama pada anak dan isteri. Kalau suami tak tahu wajib keatas dirinya heret anak isteri...

Jangan Pernah Rasa Terlewat Untuk Mendalami Ilmu Agama

Buat anda yang ada rasa sudah terlewat mendalami ilmu agama, mari saya ceritakan beberapa kisah ulama' yang belajar di usia tua yang akhirnya mereka jadi ulama' besar dunia! Imam Al-Qaffal kerja sejak muda sebagai pembuat kunci. Dia mula belajar agama diusia 40 tahun dan dia tak malu belajar diusia itu! Meninggal umur 80 tahun. 40 tahun dalam kejahilan, 40 tahun kemudian sebagai orang berilmu malah Imam besar! Begitu juga Imam Asbagh Al-Maliki,...

Dunia Ibarat Pulau Persinggahan

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah: Dunia ini boleh diibaratkan seperti sebuah pulau yang penuh dengan beraneka permainan, keseronokan, keindahan, kecantikan, dan bekalan. Dan manusia diibaratkan seperti penumpang-penumpang yang sedang belayar di dalam sebuah kapal untuk menuju kepada satu destinasi, maka kapal itu singgah sebentar di pulau itu supaya penumpangnya dapat mengambil bekalan dan mengumpul bekalan dengan secukupnya. Sebelum penumpang-penumpang...

Kita Tahu Tapi Tak Peduli

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat dibanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya...

PERJALANAN KITA

Akhirat itu di hadapan dan dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh. Perbekalan itu sedikit. Bahaya itu besar. Dan jalan itu tertutup. Mengapa akhirat itu di hadapan? Kerana kita sedang menuju ke arahnya, dan akhirat itulah matlamat sebenar kita, iaitu kehidupan yang kekal. Ia sedang datang dan semakin hampir, tetapi kita kurang menghiraukannya kerana kita selalu meyakinkan diri sendiri bahawa ia masih jauh. Tanamkan dalam...

KISAH PUTERA AHMAD SEORANG ANAK YANG SOLEH

Satu kisah yang terkenal mengenai seorang putera. Putera Ahmad, dia adalah salah seorang putera Khalifah Harun Ar-Rasyid yang sangat berbeza pendiriannya daripada putera-putera yang lain. Dia lebih suka berzikir kepada Allah daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan. Di antara kata-kata masyhur yang pernah diluahkannya; “Wahai ahli kubur! Engkau adalah orang yang telah mendahului kami menghadap...

Sebuah Cebok Air Untuk Satu Masjid

Semasa saya singgah di sebuah Masjid untuk bersolat Zohor, sebuah kereta usang juga masuk ke kawasan Masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya seorang tua berserban turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang *Cebok Air* atau *Gayung* 'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..' tekaan hati saya. Ketika saya berwuduk di kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan...

Nasihat Buat Pengantin Baru

Semalam seusai pengajaran di Masjid Negeri Shah Alam kami dinanti oleh seorang pelajar kami daripada Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) yang sedang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Beliau menyerahkan kad jemputan Walimatul Urus yang akan berlangsung pada hari ahad ini. Justeru menjadi kelaziman kami catatkan Warkah Nasihat Buat Muridku ini. Antaranya: •Niat Perkahwinan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. •Jangan...

Alhamdulillah, terbina juga blog ini untuk perkongsian ilmu bersama. Blog ini di inspirasikan dari Lagu PESONA DUNIA - klik untuk mendengar.
Copyright© All Rights Reserved Pesonaduniaindah.blogspot.com